Schwerer Gustav antara senjata perang yang paling diingati dan terkenal dalam kalangan masyarakat dunia adalah meriam gergasi Schwerer Gustav. Senjata rahsia Jerman yang memiliki berat 1,350
tan dan panjang 42.97 meter itu merupakan meriam paling besar pernah dicipta di dunia serta memerlukan tenaga kerja manusia seramai 1,420 orang bagi mengendali dan menggerakkannya.Kehebatan sebenar meriam Schwerer Gustav terletak pada pelurunya yang diisi dengan bahan peledak sehingga mencecah 700 kilogram, selain mampu bergerak sejauh 48 kilometer. Oleh kerana meriam ini terlalu berat,
tentera Nazi terpaksa membina landasan kereta api khas bagi membolehkannya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Idea asal pembinaan meriam Schwerer Gustav tercetus selepas tentera
Perancis yang merupakan anggota negara-negara bersekutu merancang untuk membina senjata yang mampu menembusi ketebalan dinding konkrit. Idea itu menarik perhatian
Adolf Hitler yang kemudian mengarahkan kilang senjata terkenal Jerman,
Krupp pada bulan Mac 1936 untuk merealisasikan hasrat tersebut, dengan pada awal tahun 1937, tentera Nazi menyalurkan dana sebanyak 10 juta
mark.Dengan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan, meriam gergasi itu diberi nama Schwerer Gustav sebagai penghormatan kepada pemilik kilang senjata tersebut,
Gustav Krupp von Bohlen und Halbach yang telah menciptanya. Senjata berkenaan telah diuji buat pertama kali oleh tentera Nazi pada tahun 1941 di
Hillersleben sebelum digunakan secara rasminya pada bulan Julai 1942 di
Sevastopol.Antara kejayaan meriam ini adalah membantu tentera Nazi apabila berjaya menembusi kubu bawah tanah sedalam 30 meter yang menempatkan gudang peluru senjata
Kesatuan Soviet. Selain itu, senjata unik itu turut digunakan tentera Nazi dalam
Operasi Barbarossa di
Rusia dan menjadi senjata pemusnah utama ketika
Pertempuran Perancis. Bagaimanapun, meriam gergasi itu jatuh ke tangan
Amerika Syarikat setelah Jerman kalah dalam
Perang Dunia Kedua sebelum dimusnahkan oleh AS kerana bimbang senjata hebat tersebut akan dirampas oleh
Tentera Merah (Red Army).